Monday, May 31, 2010

GOLF DAN AKU

Memang mangkuk betul! Aku kalau kira lamanya aku main golf ( lebih 10 tahun ).Rasa nya aku faham physics hayunan golf.Theory pun aku tahu....tapi bila kat padang rasa membazir aku bawak golf bag tu.Beratnya bukan main, yang aku perasan, aku hanya guna Driver, 5 wood, P, SW, 7 iron and putter.Baru 6 batang aku guna....yang aku rasa aku boleh banggakan ialah pukulan dengan Driver...tu pun ada yang tak lepas ladies tee.X kira yang masuk kolam,hutan tebal..bola hilang dah kira makanan aku.Kalau x tenguk mana bola terbang..x payah susah2 cari...aku kira lost ball aje.Kesian member yang sama flight ngan aku.
Kalau dapat par..aku kenduri 3 hari 3 malam.Double bogey and above ..standard tuh.
So, why aku main golf? Aku sukakan ketawa dan masa yang aku dapat luangkan ngan member yang ada.That is a good enough reason for me to play golf.
As for the game of golf itself...who cares.Duit aku,aku punya pasal lah...aku nak pukul masuk kolam ke, masuk pasir ke....suka aku lahhh...kalau flight belakang rasa group aku lambat....next hole bleh potong...aku izinkan tanpa rasa kecil hati.
First nine habis , jom kita kena nasi ayam hainanese ngan coke ( included in the fees )...aaah sedap nya.Jangan lupa tuala putih sejuk buat lap muka yang berkilat.
Kutuk mengutuk dan ketawa terbahak2 lepas tu sambung 2nd nine.
Air tin kat buggy pun habis aku belasah....mineral, coke, 100 plus.
Betting aku x main...setakat makan lepas game...bagi sama rata sama rasa.
Balik hati senang , perut pun kenyang. Okay bye...alamak lupa..bola aku dalam bag dah aku dermakan kat padang tadi.siapa nak cari lah kat hutan,kolam atau tempat yang sewaktu ngan nya.Mana budak yang jual bola 2nd hand tadi....hilang mana lak dia..ha ha ha

happy hayun ( mangkuk ayun )

No comments: