tak kisah lah bungkus atau makan...siapa yang amek makanan...pelanggan atau pekerja kedai tu.
Dah dapat makanan, makan dulu baru bayar atau bayar dulu baru makan.Nak pakai tangan atau pakai sudu.Dah makan cari tissue...ada yang tissue kat atas meja yang kita makan.Ada yang tissue kat counter ( bila amek, pastikan jangan lebih nanti dia jeling semacam )...ada satu warung tu tissue dia letak kat tiang.agaknya x cukup tempat nak letak tissue dia letak lah kat tiang.ada pulak tissue terus xde.ada yang tissue kena beli ( yang peket 30 sen satu ).
Kalau korang makan kat warung, korang mesti terasa kalau harga agak tinggi..tapi kalau kat food court..makanan yang sama harga 2 kali ganda pun korang bayar.Aku memang suka makan. Sama ada wife masak atau makan luar.Yang aku paling angin bila makan luar ialah bila penjual layan pelanggan macam kita minta makan free x bayar.Sedap macam mana pun ,aku memang angin.Kalau x sedap lagi aku angin.
ingat senang ke nak dapat duit orang,ape salahnya layan dan senyum.Bukan aku nak ngurat pun.X luak tetek kau kalau tanya ngan baik dan cakap terima kasih.untung untung rezeki bertambah lagi.Kalau lah malaysia ni ada budaya tip macam lain negara...rasanya kosong botol duit tip tu.
Jadi kepada yang berniaga dan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada customers dia,
aku salute korang dan pekerja korang.Jangan kecewa kalau berdepan dengan dugaan pelanggan macam aku....he he he
Okay teh tarik satu...jangan lebih 5 kali tarik..buih x mau
nasi goreng kampung satu...nasi jangan lebih 235 biji beras,
telur mata lembu satu, kuning x nak pecah
oh ya dek....ais kosong jangan lupa..ais banyak
amacam ada berani?
1 comment:
Aku kalau pergi makan paling takut kalau bini aku mengaruk....... dia masak sendiri kat dapur... hehe
Post a Comment